Wednesday, 19 February 2014
KOMEN ERRA MENGENAI PENCERAIANNYA
Erra enggan mengulas mengenai punca keretakan rumahtangganya. Tambah pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu ini lagi, dia redha dengan ketentuan yang tertulis dan berharap pihak di luar sana tidak memperbesar-besarkan mengenai isu perceraiannya.
Spekulasi mengenai keretakan rumahtangga penyanyi serta pelakon, Erra Fazira dan pasangannya, Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya terungkai apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dan gosip tentang masalah rumahtangga mereka sudah mula diperkatakan sejak dua tahun lalu. Berita perceraian mereka berdua ternyata mengejutkan seluruh peminat industri hiburan tanah air, lebih-lebih lagi pasangan ini mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai gosip yang timbul.
Erra Fazira mendirikan rumahtangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkongsian hidup selama enam tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun dan merupakan perkahwinan kedua Erra selepas bercerai dengan Yusry Abdul Halim pada tahun 2006.
Semoga erra dan keluarga tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang..
Labels:
Hiburan,
Kisah Artis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment