Beliau berkata Alhamdulillah, rumahtangga kami masih baik. Saya masih di sini bersama
anak-anak dan gosip yang timbul tidak benar sama sekali,” ujar Dynas
sambil menafikan dia ada pergi ke mahkamah untuk mengambil borang
perceraian.“Bila masa saya pergi ke sana dan pasti ke itu adalah saya? Saya baca
banyak benda yang mengarut di internet dan apabila gosip ini timbul,
saya dan suami hanya ketawa sahaja. Tiada apa yang saya nak cakap lagi
mengenai isu ini sebab dari empat tahun lepas benda yang sama saja
timbul. Beliau menambah lagi kerja adalah kerja dan kisah peribadi biarlah ia kekal
menjadi peribadi. Saya tak suka masalah keluarga diperkatakan umum.
Pengacara serta pelakon tinggi lampai, Dynas Mokhtar menepis dakwaan
kononnya rumahtangga yang dibina bersama suami, Hafizy Hafiz sejak enam
tahun lalu kini berada dalam keadaan goyah.Dynas Mokhtar merupakan ibu cantik kepada Khyra Khalyssa,4, dan Mohamed Haqaish,2 tahun ini. Semoga dengan penjelasan dari Dynas Mokhtar ini diharapkan tiada lagi gosip-gosip liar yang kurang enak didengar di luar sana.
Pihak kami mendoakan agar Dynas Mokhtar dan keluarga sentiasa bahagia dan sentiasa tabah .....Amin.


No comments:
Post a Comment