Wednesday, 19 February 2014

JAMAL ABDILAH JAWAB KISAH HUBUNGANNYA BERSAMA NAS ADILA




    Dato’ Jamal kini bakal digandingkan dengan Nas Adila dalam satu persembahan khas bersempena Hari Ibu di Dewan Ndah Mahligai, Shah Alam pada 11 Mei depan. Ketika ditemui pada sidang media acara tersebut, Dato’ Jamal mengakui berasa terkejut apabila pihak penganjur menggandingkan mereka berdua dalam satu persembahan.“Saya sendiri terperanjat dengan pemilihan artis ini. Saya tak pilih dia kerana pihak penganjur yang bertanggungjawab memilih penyanyi jemputan ini. Mungkin mereka menggunakan kontroversi kami sebelum ini sebagai formula untuk melariskan penjualan tiket dan saya anggap ia sebagai satu idea yang bagus dan berkesan,” ulas Dato’ Jamal mengenai perkara tersebut.

    Dato’ Jamal ditanya sama ada dia mempunyai masalah untuk bergandingan dengan Nas memandangkan pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan hubungan mereka, dia tiada masalah mengenai perkara tersebut dan akan bersikap profesional.“Saya tak ada masalah dan tak rasa apa-apa kerana saya hanya fikir ini mungkin strategi pihak penganjur memandangkan cerita tengah panas. Saya mengambil langkah profesional untuk meneruskan persembahan serta ketepikan segala perkara yang negatif dan hal berkaitan isu peribadi. Saya selesa membuat persembahan dengan siapa saja kerana ini satu tuntutan sebagai seorang penyanyi,” ujar Dato’ Jamal sambil diusik oleh pihak media mengenai sejauh manakah hubungan dan perasaannya terhadap Nas Adila.saya ada hak untuk tidak menjawab benda yang remeh ini. Kami tidak bermasam muka dan jika ada perasaan, dah lama saya akan kahwin. Apapun, saya banyak ambil dia dalam persembahan saya sebelum ini kerana saya yakin dengan kebolehan dia,” tuturnya lagi.

    Bagi mereka yang berminat untuk menonton persembahan istimewa ini, tiket boleh diperoleh dengan harga RM300, RM400 dan RM450. Majlis eksklusif yang turut menampilkan Jihan Raja Lawak sebagai pengacara ini hanya terhad kepada 400 tetamu sahaja. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan atau ingin mengetahui matlumat lanjut mengenai persembahan ini, anda boleh menghubungi 03-55104187 / 013-2764368 (Puan Ndah), 03-5101 7339 (Arie) atau 03-5101 7343 (Yatt).




No comments:

Post a Comment